Friday 9 March 2012

Empat Hati (BAB 5)

BAB 5

     “Assalamualaikum….” Bakat tiga suara bergabung. Pemilik tiga suara itu ialah Rizal, Ashraf dan Natasha.
     “Waalaikummussalam….” Pak Leh membalas salam mereka. Siapa la yang datang pagi-pagi ni? Hairan sungguh… Nak rehat pun terbantut. Dah la hari ni je aku cuti… Hari lain aku kerja jadi teksi pulak… Huh, hampeh betul. Gumam Pak Leh dari hatinya.
     “Aah… Kamu bertiga.. Jemput la masuk.”kata Pak Leh lagi.
     “Sapa mai tu bang?” Mak Odah muncul tiba-tiba dari dapur.
     “Ni haa. Budak bertiga ni datang. Ash dan Tasha dah lama balik sini?”tanya Pak Leh.
     Rizal dan Ashraf menyalami tangan Pak Leh dan Mak Odah. Natasha pula memeluk mereka berdua dan mencium pipi kanan dan kiri mereka berdua.
     “Baru je sampai dua hari lepas. Tu pun tengah malam. Tu yang tak nak ganggu ibu dan bapak tengah malam hari tu. Ibu tau tak yang Tasha dan Ash dah bertunang?” ujar Natasha pula.
     “Oww…. Yang tu, kami dah tau dah, yang tak tau, bila Tasha dan Ash balik ja. Tapi la ni tau dah la.” Mak Odah tersengih. Mak Odah ni kalau bahasa Kedah, dia cukup tera. Walaupun sekian lama tinggal di Selangor, pelatnya sukar diubah. Ni la orang kata anak jati Kedah. Mantop beb!!!
    “Erm sebenarnya, kami datang ni sebab ada sebab, Mak Odah, Pak Leh.” Rizal kembali kepada tujuan mereka yang sebenarnya.
    “Sebab ada sebab? Sebab apa?” Air muka Pak Leh dan Mak Odah berubah. Ni pasti tak lain tak bukan, pasti tentang anak mereka, Marissa.
    “Pasal Mar. Dengar kata, Mar duduk di Kedah dah masuk empat tahun. Lagipun, kami tak dapat nak contact dia. Paling hairan, kalau kami telefon, tak kira la, handset ke, telefon rumah ke, makcik dia yang menjawabnya. Bila kami nak bercakap dengan Mar, makcik dia kata Mar sibuk. Buzy memanjang la. Kenapa Pak Leh, Mak Odah?” Ashraf meluahkan kehairanannya selama ini kepada mereka berdua.
     “Erm… Mintak maaf la nak. Kami berdua tak dapat nak jelaskan sebabnya. Inipun Mar yang mintak merahsiakannya daripada korang semua. Insyaallah, tak lama lagi baliklah dia ke sini. Harap korang sabar sedikit saja lagi.” Pak Leh sedar bahawa mereka berempat memang rapat, lebih-lebih lagi Natasha dengan Marissa. Cuma keadaan sekarang tak mengizinkan mereka bertemu lagi.

      “Tapi kenapa? Apa.. Mar rahsiakan something dari kami ke?” Natasha menduga.
      Pak Leh terdiam beberapa detik. Mak Odah pula, sekadar mendiamkan dirinya. Mungkin mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata. Sebaik sahaja Pak Leh membuka mulutnya untuk menerangkannya, telefon rumahnya berdering. Mak Odah pergi ke penjuru ruang tamu rumahnya untuk menjawab panggilan telefon tersebut.
      Tiba-tiba sahaja air mata Mak Odah mengalir laju. Mereka bertiga kehairanan termasuklah Pak Leh sendiri. Awat bini aku ni nangis pulak ni???? Ada benda yang tak kena ka? Ada kena mengena dengan Mar ke?? Pak Leh kaget, dia menggaru kepalanya yang tak berapa gatal itu...

No comments:

Post a Comment