Saturday, 3 March 2012

Empat Hati (BAB 4)

BAB 4

       Lima tahun sudah berlalu… Perasaan seorang sahabat menunggu kepulangan mereka telah dipendamkan dalam hatinya. Esok rindunya berlalu apabila bertemu dengan mereka…. Hah… Rindu tol aku dengan mereka…. Kangen bangat.
       “Bila mereka sampai sini Riz?”soal puan Rokiah sebaik saja melihat kelibat anaknya dating ke dapur.
       “Mereka sampai tengah malam ni, bu. Tapi diorang nak jumpa esok. Kata mereka, tak baik ganggu tengah-tengah malam gini.”balas Rizal tersenyum.
       “Seronok la tu dapat jumpa semula. Ye la kan, lima tahun tak jumpa. Hehe…” Puan Rokiah menyakat anaknya.
       “Seronok memang seronok. Tapi ada jugak part yang tak seronok. Mar tiba-tiba je balik kampung empat tahun lepas. Sampai sekarang tak balik-balik sini. Kenapa ye ibu? Hari tu Riz call makcik dia kat sana tapi katanya Mar sibuk. Sampai sekarang Mar sibuk. Hairan sungguh…”wajah Rizal kembali sugul.
       Rizal ingat lagi peristiwa empat tahun lepas.. Seminggu selepas Marissa pulang ke kampungnya di Kedah, Rizal ada hubunginya. Marissa yang menjawab panggilan telefon itu. Rizal soal Marissa kenapa tiba-tiba dia balik ke kampung? Balas Marissa, dia nak tenangkan fikirannya di sana. Bila ditanya bila mahu pulang ke sini, Marissa hanya sekadar mendiamkan diri. Lepas tu talian terputus. Sejak itu Marissa  sudah tidak menjawab panggilannya lagi. Sebab apa? Dia pun tak tahu.
     “Entah la Riz. Ibu dah tanya dengan mak dan bapa Mar tu. Tapi mereka tak beritahu sebabnya. Mereka cuma kata ini untuk kebaikan Mar juga. Selepas tu, ibu tak tanya dah la… Ala Riz jangan risau la. Nanti Mar balik la…” ujar Puan Rokiah. Dia juga hairan sebab Marissa pulang ke kampung. Bukan sehari dua, tetapi emat tahun. Bila ditanya, dirahsiakan. Kata mereka untuk kebaikan Marissa bahkan ini yang Marissa inginkan. Hairan sungguh… Puan Rokiah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
      “Entah la bu… Riz yakin bahawa Mar akan balik sini lagi. Tak lama saja lagi. Okey la bu.. Riz nak pergi kerja dulu. Assalamualaikum ibu.” Rizal menyalami tangan ibunya. Rizal yakin, Marissa pasti balik ke sini lagi. Yakin sangat…
      “Erm… ye la tu.. Dah la. Pergi kerja. Bos Riz tu dok tengah tunggu Riz apa. Assistant dia tak sampai lagi kerja. Hahaha….” Puan Rokiah memerlinya..
      “Baikkkkk….. Assalamualaikum sekali lagi ibu.” Rizal mematuhi kata-kata ibunya. Anak taat la katakan…

*****

     “Riz, Ash dan Tasha miss sangat dengan korang. Kami rasa nak balik je kat sini. Tapi keadaan tak mengizinkan… Sekarang baru boleh lepas rindu kat kau, Riz dan Mar. Hehe…” Ashraf memulakan bicara rindunya.
     “A’ah Riz… Lagipun kami ada satu rahsia nak kongsi dengan Riz tau. Riz tau tak apa? Cuba Riz teka…”ujar Natasha pula sambil mengangkat kedua-dua keningnya…
     “Tak boleh nak teka la. Otak jam. Apa? Bagi tau je la. Penat suspen-suspen nih.” Rizal menggaru kepalanya yang tidak gatal.
     “Ala Riz ni… Tak rock la. Sebenarnya kami nak bagi tau yang kami berdua sudah bertunang. Tahun depan baru nak nikah then majlis kenduri terus. Cadang nak buat serentak la… Kan Ash?”
     “Iye… betul-betul betul. Sekarang ni dalam perancangan lagi. Kami nak Riz dan Mar jadi pengapit kami. Eh, Sebut nama Mar, Kenapa dia tak datang pulak kat taman permainan ni? Kan ni tempat favourite dia.. Kenapa Riz?”
    “Tahniah untuk korang berdua… Riz dan Mar pasti akan jadi pengapit korang. Korang jangan risau la.. Sebenarnya Mar balik ke kampungnya sejak empat tahun lepas. Itu pun secara tiba-tiba.. Sebab sebenarnya, semua orang tak tahu. Ibu dan bapa Mar tak nak kasi tau. Kata mereka, demi kebaikan Mar dan Mar yang inginkan semua ini. Itu la yang pelik tu.” Rizal meluahkan perkara yang sebenarnya kepada kawan-kawannya.
     “Tapi kenapa? Ish pelik betul la… Mesti ada masalah ni. Eh, Riz kerja pe? Macam gaji besar je. Ye la… Pakai kereta besar. Hehe… Mar pun kerja pe dulu sebelum dia balik ke kampungnya? Mesti korang kerja sama-sama kan?” ujar Ashraf.
     “Tak de la besar sangat. Jadi orang duit je pun. Mar pulak dia kerja di kilang jadi supervisor. Lepas tu dia berhenti. Sebab, ntah..” Ujar Rizal lagi.
     “Orang duit tu….. Ah Long ke?” Ashraf cuba menyakat Rizal.
     “Banyak la ko Ah Long, Ash… Mintak simpang la nak buat semua tu.. Masih waras la tau. Sebenarnya tu kerja bank la… Riz jadi orang kanan kat sana. Tu je la.. Apa la Ash ni…..” wajah Rizal menjadi tegang. Baginya tu benda yang tak boleh di buat main-main. Bahaya…
     “Ala Riz… Jangan la series sangat. Gurau je la.. Okey, lepas ni tak kata dah… Okey Riz…” Ashraf mengalah. Dia mengangkat kedua belah tangannya tanda surrender.
   “Kasu ni kan, Ash…. Perangai tetap tak berubah. Suka sakat orang. Ingatkan dah bertunang ni makin matang. Padahal, ermmm sebaliknya yang terjadi… Eh Tasha.. Kenapa dari tadi senyap je. Ada masalah lain ke? Cer citer.. Cer citer.” Ujar Rizal lagi.

    “Tak ada apa-apa la. Tasha cuma rindukan Mar je. Tak ada berita tentang dia langsung sejak-menjak ni. Kalau call pun, Riz je yang dapat call. Tapi, Mar, Tasha dan Ash call kat rumahnya pun, ibu dan bapa Mar je yang angkat. Tasha rindu la nak dengar suara Mar.” Natasha melepaskan keluhannya…
    “Ala Tasha jangan risau la…Mar mesti balik sini punya. Riz yakin….”Rizal memberi kata-kata semangat kepada Natasha.
    “Ye tak ye jugak. Mar mesti jaga neneknya yang uzur kan? Esok petang kita pergi rumah Mar nak? Lama tak jumpa ibu dan bapa Leh. Rindu sungguh Tasha. Nak tak?” Natasha rindukan mereka. Dia dan keluarganya sangat rapat dengan keluarga Mar. Sehingga mak dan bapa Marissa, dipanggil ibu dan bapa Leh, Marissa juga memanggil papa dan mama dalam keluarga Natasha. Itu sahaja sudah membuktikan betapa rapatnya keluarga mereka. Betapa dalamnya rindu dia dengan keluarga itu. Tidak dapat meluahkan melalui kata-kata.
     “Erm boleh jugak Lagipun Ash dan Tasha mula kerja di syarikat papa mulai minggu depan. So, ada masa la untuk esok. Riz pula macam mana? Free tak esok?”soal Ashraf.
     “On je… Lagi pun esok kan hari Ahad. Cuti la. Lupa ke…. Ingat korang je cuti? Riz pun cuti jugak tau. Jom esok kita sama-sama pergi. Riz pun dah lama tak pergi ke sana. Hehe….” Ujar Rizal.
     “Wokeyh, set.. Esok kita pergi sama-sama.” Ashraf tersenyum…
     Natasha dan Rizal juga tersenyum girang.. Tak sabar untuk menunggu hari esok…

No comments:

Post a Comment