Friday, 2 March 2012

Empat Hati (BAB 3)

BAB 3
    
      “Selamat tinggal semua. Semoga kita tetap berhubung ya. Tasha rindu korang. Hehehe….” Ujar Tasha.
      “Wokeyh Tasha. Kami tunggu panggilan dari kamu berdua. Hehehe….”kali ni Marissa pula bersuara.
      Adegan sesi peluk-memeluk bermula. Natasha memeluk kedua orang tuanya dengan penuh kasih sayang. Kini dia sedar bahawa papanya cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya. Dia perlu menerima hakikat bahawa sebuah persahabatan bukan sekadar berkumpul bersama-sama tetapi berjauhan juga masih boleh bersahabat. Seterusnya, dia memeluk Marissa pula. Lama juga mereka berpelukan. Tak sanggup berpisah berjauhan. Haaa…. Ada satu lagi kejutan untuk Natasha, Ashraf juga akan pergi bersamanya pada hari itu juga. Terkejut Natasha. Pada malam sebelum bertolak ke KLIA, Ashraf telah menelefonnya. Katanya, dia akan pergi bersamanya. Pada waktu yang sama, perasaan seronok pun ada juga. Ada juga peneman di sana nanti. Hehehe…..
      “Ash, jaga anak pakcik ni baik-baik tau. Jangan bagi dia main-main semasa belajar. Kamu, pakcik aturkan universiti yang sama dengan Tasha ni. Jaga dia baik-baik. Series ketika belajar.” Ujar Dato’ Iskandar.
      “Betul ke ni pakcik? Terima kasih pakcik. Baik, Ash akan jaga Tasha macam nyawa Ash sendiri. Ash janji pakcik.” Terkejut berbaur gembira. Hampir meloncat Ashraf di situ. Tak sangka Dato’ murah hati sanggup membiayai pembelajarannya di sana. Dia cuma bercadang untuk bekerja di sana. Hah! Nasib je tu. Terima je. Alhamdulillah…
      “Tak perlu la siap dengan janji tu. Pakcik cuma nak kamu jaga Tasha je. Hehehe” terkejut juga dia yang Ashraf ni siap janji lagi. Terhutang budi agaknya. Dia cuma tak nak Natasha kesepian je. Dia pun hairan kenapa Natasha setuju mengikut cakapnya pada hari itu. Mungkin mereka bertiga yang menasihatinya. Sebenarnya dia yang terhutang budi dengan mereka itu. Kalau tak disebabkan mereka, Natasha takkan pergi punya. Itu yang dia sanggup menampung pelajaran Ashraf. Demi membalas jasa mereka. Walau pun kecil tapi dia akan lakukan apa saja asalkan hutangnya langsai. TITIK……
     “ WOkeyh la… Kami masuk dalam dulu. Lagi 15 minit je lagi nak flight. Bye pa, ma.. Bye korang. Kita jumpa lagi dalam masa lima tahun yew… Nanti kita contact taw. Jangan lupa yew…”ujar Natasha lagi. Tak sangka masa jealous dengan mereka. Hehe....
     “Wokeyh geng…. Kami chow dulu. Riz kita jumpa lagi dalam masa lima tahun. Mar pun sama ye. Mak dan abah, Ash pergi dulu ye. Doakan Ash ye. Assalamualaikum…” Ashraf menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Pak Dollah dan Mak Midah hanya membalasnya dan mengusap rambut anak mereka itu. Terasa syahdu melepaskan anak sulung mereka pergi.
      Adik-adik Ashraf yang berusia 10 tahun dan 8 tahun memeluk abang mereka itu. Sayang sungguh mereka dengan abang mereka. Argh…. Beratnya langkah aku ni nak pergi. Tapi aku kena pergi jugak. Teman Tasha. Takkan nak biar dia seorang je kat sana. Terpaksa…… Hati Ashraf menjerit.
      “Udah-udah la tu… Nak bertolak dah ni. Nanti kita boleh jumpa lagi. Ash jangan risau. Mar dan Riz akan jaga mak dan abah Ash. Tasha pun sama. Kami boleh jaga. Hehe…” Marissa cuba untuk mengurangkan rasa gundah di hati kawan-kawannya. Lima tahun kot berjauhan dengan family masing-masing. Kalau dia pun tak sanggup. Parah beb!!
      Ashraf dan Natasha melambai tangan mereka sebelum masuk ke dalam…. Mereka yang lain pun membalasnya. Suasana pada waktu itu sangat pilu… Sedih kerana kehilangan anak dan kawan masing-masing. Ala kehilangan ni hanya sementara. Relax dulu….


No comments:

Post a Comment