Wednesday, 29 February 2012

Empat Hati (BAB 2)

     Pagi telah tiba. Waktu ini sekolah memberi lampu hijau yang membawa erti cuti. Cuti selama seminggu. Semua pelajar menunggu saat-saat ini untuk bergembira, termasuklah empat sahabat ini. Lagi la mereka gembira. Kerja sekolah sudah disiapkan pada hari persekolahan yang terakhir. Buat pertama kalinya, mereka balik lewat pada hari tersebut semata-mata menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
     “ Wokeyh.. Sekarang ni kita nak buat pe ni? Kerja sekolah sudah siap. Boring nih…” Ashraf memulakan bicaranya semasa mereka berkumpul di port mereka, iaitu di taman permainan. Ini tidak bermaksud yang mereka masih lagi kanak-kanak bawah umur. Mereka Cuma berkumpul di sini Cuma untuk menenangkan fikiran mereka yang sememangnya sedang kusut itu.
    “Ntah.. Nak buat apa ek? Tak ada mood la. Dok fikir tentang SPM ni. Lagi sebulan je lagi. Itu satu hal. Lagi satu hal, tentang hubungan kita selepas ini. Tasha lepas ni tak duduk di sini dah lepas ni. Tasha kena stay kat London dengan my aunt and sambung belajar kat sana..” sugul je muka Natasha. Punya la frust dok fikir tentang hal ni. Semalaman dia dan keluarganya merajuk gara-gara London tu la. Papanya tetap nak hantar da ke sana tak kira walau apa pun yang terjadi. Fuh!!! Kus semangat ada papa macam tu.
    “What???? Biar betul kau ni, Tasha. Kau main-main ye?” Ashraf seakan-akan tidak percaya. Terkejut bukan main kepalang lagi dibuatnya. Kawan-kawan yang lain pun sama… Muka masing-masing pucat tak berdarah.
    “Betul laa.. Tasha tak tipu. Tasha sampai gaduh dengan family Tasha sebab tu. Tasha tak nak berjauhan dengan korang semua.” Tasha menahan sebak. Kedegilan papanya memang tak dapat diatasi. Arg!!!! Tak nak!!! Hanya itu yang mampu Tasha gumamkan dalam hatinya.
    Marissa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri disebabkan terkejut, mula mendekati sahabatnya itu untuk menenangkan fikirannya. Masing-masing melayan perasaan. Barangkali sedih gamaknya.
    “Sudahla kawan-kawan… Kita sebagai sahabat sepatutnya memberi sokongan dekat Tasha. Bukannya bermasam muka macam gini. Tak rock arrr kalau macam ni. Bukannya ada orang meninggal pun nak sedih macam ni.” Rizal cuba memberi kata-kata semangat. Dia tak suka lihat kemuraman di wajah mereka semua. Sekurang-kurangnya, mereka dapat meninggalkan peristiwa manis untuk Natasha bahkan untuk diri mereka juga.
    “Memang tak ada orang meninggal kat sini. Tapi kat luar dari kawasan kita ni, ramai, beb. Accident la… Macam-macam lagi la kalau nak diikutkan.” Ashraf cuba bergurau.
    Natasha kembali tersenyum. Mereka semua lega dengan perubahan Natasha. Mereka harap Natasha takkan merajuk lagi dengan keluarganya. Itu yang penting.
    “Terima kasih ye korang. Baik… Kali ni Tasha takkan sedih lagi. Mari kita tinggalkan kenangan yang manis sebelum Tasha pergi dari sini…” Natasha mula bangkit dari kesedihannya.
     Mereka yang lain bersyukur dengan kekuatan yang diberi kepada Natasha. Ashraf pula melompat-lompat keriangan. Macam budak-budak. Sebab apa dia berkelakuan seperti itu, hanya dia yang tahu. Tak dapat nak ditafsirkan melalui mata kasar.

*****

    Cuti yang lalu sudah habis. Matapelajaran yang perlu diajar pun sudah habis. Spm pun sudah habis. Mereka yang lain semuanya pakat bergembira. Tersenyum-senyum , bergelak-tawa, melompat-lompat, melepak sini sana, pendek kata semua yang stress itu hilang dalam sekelip mata selepas SPM tamat. Cuma perlu menunggu keputusannya sahaja. Tidak lupa jugak pada empat sekawan ni… Mereka juga tidak ketinggalan untuk berpesta.
     “Korang… Lepas ni Tasha harap kita tetap berhubung macam selalu ye.. Tasha rindukan korang. Lawak korang, series korang dan macam-macam lagi la.” Wajah Natasha kembali sugul.
     Mereka yang lain hanya membisu seribu bahasa. Kecuali la si Ashraf ni….
      “Ala Tasha… Jangan risau. Ash ada Pak Long kat sana. Nanti Ash pun pergi ke sana juga. Boleh la kita jumpa nanti. Lepas tu kita sama-sama la contact si Riz dan Mar ni. Teknologi sekarang kan canggih. Macam-macam ada. Don’t worry la… Just be happy. Right?” Rizal berseloroh.
      “A’ah… Betul cakap si mamat sorang ni. Kita akan sentiasa berhubung. Kami berdua akan tetap menghubungi korang. Hehehe…” Rizal menyambung sambil tersengih.
      Mereka yang lain tersenyum dengan pernyataan Rizal tadi. Bukan senang nak lihat Rizal membuat jenaka atau bergurau. Kadang-kadang saja. Ikut mood la dia kata.
      “Mar, kenapa Mar diam dari tadi? Ada masalah ke?” Ashraf kehairanan.
      “Iye la Mar… Kenapa diam?” soal Natasha pula. Sedari tadi Natasha perasan yang Marissa hanya tersenyum, mengangguk dan ketawa. Bercakap tak langsung. Aneh…
      “Takda da pape la… Mar okey je. Dah korang je yang bercakap. Takkan Mar nak menyampuk. Apa la korang ni…” Marissa membalas pertanyaan mereka.
      Mereka bertiga tersimpul malu dengan pernyataan Marissa tadi. Tak sangka mereka ni cakap banyak jugak. Haish… Malu malu….

No comments:

Post a Comment