Tuesday, 28 February 2012

Empat Hati (BAB 1)

    “Hey korang… Jom kita buat perjanjian nak?” soal Rizal pada waktu rehat di kantin sekolah mereka.
    “Hah? Perjanjian? Kenapa nak buat?” soal Marissa semula.
    “Tak la… Kan kita dah nak habis sekolah. Lepas ni kita berempat mesti buat haluan masing-masing. Riz cuma tak nak hubungan kita semua sebagai sahabat terabai macam tu je.” Rizal cuba memberi keterangan.
    “Owh… Cakap je la. Nak buat janji pe?” Ashraf mula memahami niat sahabatnya tu.
    “Wokeyh.. Riz cadang semoga hubungan kita ni takkan terputus begitu saja. Riz harap kita tetap bersatu walau di mana pun kita berada. Kalau boleh biarlah sampai nyawa kita end. Amacam?” Riz memberi idea yang baginya agak bernas itu.
    “Owh yang tu je ke? Ingatkan pe tadi.. Hehe…” Natasha yang tadinya diam mula bersuara.
   “Ye la yang tu. Kenapa? Tak setuju ke? Ke kau nak cadang yang lain? Contohnya macam bila kita dah besar dan berkerjaya nanti kau nak kita kahwin antara satu sama lain? Tak gitu Cik Tasha? Hehe…” Ashraf cuba menyakat.
    Meletus tawa mereka berempat. Natasha sekadar mencebik kemudian dia turut serta sesi gelak tawa rakan-rakannya.
    “Baik. Kalau macam tu, sape-sape yang setuju…. Sila tunjukkan gigi korang masing-masing.” Rizal sambung semula topik perjanjian mereka tadi.
    Tak sampai lima saat, bermula daripada Ashraf, seorang demi seorang menunjukkan barisan gigi mereka yang lawa itu. Nasib baik lawa, kalau tak….. Orang utara kata haru jadinya. Ni semua Rizal punya pasal la… Suruh tunjuk gigi buat ape la.. Agaknya dia dah buat spotcheck kot. Almaklumlah, nama pun kawan sejak kecil. Memang wajar la dia tahu semua tu.
   KRING!!!!!  Loceng rehat berbunyi nyaring. Ini tandanya rehat sudah sampai ke penghujungnya. Mereka berempat pun mula mengatur langkah memasuki kelas mereka.  Walaupun kelas mereka berbeza, tetapi, mereka tetap bersatu. Erm… Lebih senang cerita, Ashraf dan Natasha, pelajar Sains manakala Rizal dan Marissa, pelajar kelas Sastera. Macam pasangan kekasih pulak berpasangan. Hehe…

*****

    “Weyh korang… Tunggu arr… Jangan jalan laju sangat.” Rizal melaungkan suaranya yang merdu itu dengan kuat.
    Dia dan Natasha keluar lambat kerana Puan Hamidah, guru matapelajaran Biologi lepas mereka lambat. Bila Puan Hamidah bagi lampu hijau je, mereka terus meluru keluar untuk kejar Rizal dan Marissa yang menunggu dengan lamanya.
    “Haa… Cepat la. Kami tak gerak lagi pun. Jangan la pekik kuat sangat. Kalah bilal masjid tu. Dah la panas ni.” Ujar Marissa. Dia mengipas-ngipas wajahnya yang bujur sirih tu dengan tangannya. Walaupun duduk di bawah pondok, tetap terasa bahang matahari tu.
    “Sorry la lambat geng. Tadi Puan Hamidah lepas lambat. Ni semua salah Sharil tu. Dia tak siapkan kerja yang cikgu tu bagi. Gara-gara dia, kami semua kena keluar lambat.” Terang Natasha pula dalam keadaan mengah. Laju kot dia dan Ashraf lari. Huh! Penat dan panas. Perlukan air segera ni. Tu je la permintaan Natasha buat masa ni.
     “Nah air. Jom gerak sekarang. Panas ni. Tasha minum sambil jalan je la. Kali ni je. Boleh ye..” Marissa menghulurkan botol airnya kepada Natasha. Kesian melihat kawannya yang kelihatan dahaga tu. Tapi pada masa yang sama, dia ingin cepat pulang ke rumahnya. Tak tahan panas lagaknya.
     “Jom ah. Betul jugak cakap Mar ni. Kali ni je. Ash pun panas ni. Tak sabar nak duduk di bawah kipas. Dah la penat lari 100 meter semata-mata untuk korang. Dah arr jom.” Ashraf setuju cakap Marissa kali ni.
    Mereka pun meninggalkan perkarangan sekolah. Si Tasha pulak kut je. Dia pun penat. Janji dia dapat jugak menghilangkan rasa dahaganya tu. Dia ni spesis malas bawak botol air. Katanya, berat. Antara semua, Natasha la anak orang senang. Anak Dato’ la katakan. So memang tak hairan la kenapa kadang-kadang dia manja sikit. Semua dah masak dengan perangainya tu. Macam-macam ada.
     Lima belas minit lamanya, mereka berjalan bersama-sama, akhirnya mereka berpisah mengikut haluan masing-masing. Seorang pergi ke arah utara, barat, selatan dan timur. Nak kata jauh sangat rumah mereka, tak la jauh sangat. Jalan kaki pun sampai, cuma ambil masa selama lima sehingga sepuluh minit je. 

No comments:

Post a Comment